This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, April 18, 2016

Permohonan Kemasukan ke IAIN STS Jambi


"PERMOHONAN KEMASUKAN MAHASISWA BARU DI IAIN STS JAMBI, INDONESIA BAGI SESI 2016"
Untuk makluman semua, permohonan kemasukan ke Institut Agama Islam Negeri Sulthan Thaha Saifuddin, Jambi, Indonesia (IAIN STS) Ijazah Sarjana Muda (S1) Lepasan STAM/ STPM/ DIPLOMA SETARAF sesi Akademik 2016/2017 telah dibuka untuk semua pelajar yang layak.
Permohonan kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda (S1) Lepasan STAM/STPM/ DIPLOMA telah di buka mulai 15 APRIL 2016 (JUMAAT) hingga 15 MEI 2016 (AHAD).



CARA PENDAFTARAN

  1.  Photo scan Sijil Kelahiran, Sijil STAM/STPM/Diploma dan transkip nilai.
  2. Umur minimal 19 tahun ke atas, dengan melampirkan photo scan Surat Beranak. (Minimum age of apply 19 years old, proven by applying copy of birth certificate)
  3. Surat Keterangan Berkelakuan Baik. (Statement of good behaviour from school/authorities)
  4. Surat Pernyataan Orang Tua/wali/sponsor sanggup membiayai kuliah dan biaya hidup selama kuliah. (Financial support statement from parent/guardian/sponsor)
*Sila emailkan dokumen-dokumen tersebut ke exhalehwalma16@gmail.com (Ustaz Malik).
* Sebarang permohonan yang dihantar selepas tarikh tutup permohonan (15 Mei 2016) akan ditolak serta merta.
* Sebarang urusan kemasukan ke IAIN STS Jambi diwajibkan melalui Exco Hem PKPMI Jambi, Ustaz Malik. Sekiranya kemasukan anda melalui agen-agen lain, pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap masalah yang mungkin akan berlaku termasuklah dari segi pengiktirafan sijil di Malaysia.

Sekian.

Wednesday, April 13, 2016

Sejarah Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI)



Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia dengan singkatan PKPMI, merupakan satu pertubuhan atau persatuan untuk anak-anak Malaysia yang menyambungkan pengajian di Republik Indonesia. Pada ketika ini terdapat kira-kira lebih daripada 100 Mahasiswa dan Mahasisiwi Malaysia di Jambi yang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang di Institut Agama Islam Negeri Sulthan Thaha Jambi, Sumatera Indonesia.

Sejarah wujudnya PMPMI bermula di Pulau Jawa pada  tahun 1945. Ketika itu organisasi pelajar-pelajar Malaysia yang ditubuhjan adalah Kesatuan Pelajar-pelajar Malaya (KPM) yang berpusat di Yogyakarta. Organisasi Pelajar-pelajar Malaya yang kedua didirikan di Sumatera pada tahun 1948 yang berpusat di Medan, yang dinamakan Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaya di Medan.

Pada tahun 1965, KPM dibubarkan dan membentuk sebuah persatuan baru yang diberi nama Himpunan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia (HPMI) yang berpusat  di Yogyakarta. Pada tahun terjadinya konfrontasi Malaysia-Indonesia, tidak terdapat sebarang catatan tentang kegiatan pelajar Malaysia di Indonesia kerana semua pelajar pulang ke tanah air.

Pada tahun 1967, pelajar-pelajar Malaysia mulai datang lagi ke Indonesia. Pada 18 Mei 1968, HPMI menjadi PKPMI, iaitu Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia dan menetapkan Jakarta sebagai pusat. Manakala Yogyakarta adalah sebagai cawangan PKPMI.

Sejak itu, PKPMI terus berkembang terutama di Pulau Jawa bagi membentuk beberapa buha cawangan PKPMI yang di antaranya cawangan Jakarta (18 Mei 1968), Yogyakarta (18 Mei 1968), Bogor (23 Mei 1968), Bandung (12 April 1969), Surabaya (10 November 1972), Bali (30 September 1986), dan Ujung Padang (17 Oktober 1987).

Setelah konfrontasi tamat, pelajar-pelajar Malaysia di Sumatera kembali di Indonesia dan mendirikan Himpunan Mahasiswa Malaysia Sumatera (HMMS) yang berpusat di Medan. Pada tahun 1928, HMMS dibubarkan dan bersatu dengan PKPMI. Dengan perkembangan ini semakin bertambah cawangan-cawangan PKPMI seluruh Indonesia.

Penubuhan cawangan-cawangan PKPMI di Sumatera bermula dengan cawangan Medan (Mei 1982), Aceh (25 Disember 1985) dan Padang (25 Mac 1986). Dengan berjalannya waktu, cawangan PKPMI turut bertambah. Cawangan-cawangan PKPMI yang lain adalah Semarang, Malang, Palembang, Pekan Baru, dan Jambi. Sehingga kini terdapat 15 cawangan PKPMI di seluruh Nusantara.

Pada tahun penubuhannya PKPMI telah diiktiraf oleh Kesatuan Besar Malaysia dalam menjalankan kegiatannya. Pada tarikh 4 Februari 1969, persatuan ini diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.