Sejarah wujudnya PMPMI bermula di Pulau Jawa pada tahun 1945. Ketika itu organisasi pelajar-pelajar Malaysia yang ditubuhjan adalah Kesatuan Pelajar-pelajar Malaya (KPM) yang berpusat di Yogyakarta. Organisasi Pelajar-pelajar Malaya yang kedua didirikan di Sumatera pada tahun 1948 yang berpusat di Medan, yang dinamakan Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaya di Medan.
Pada tahun 1965, KPM dibubarkan dan membentuk sebuah persatuan baru yang diberi nama Himpunan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia (HPMI) yang berpusat di Yogyakarta. Pada tahun terjadinya konfrontasi Malaysia-Indonesia, tidak terdapat sebarang catatan tentang kegiatan pelajar Malaysia di Indonesia kerana semua pelajar pulang ke tanah air.
Pada tahun 1967, pelajar-pelajar Malaysia mulai datang lagi ke Indonesia. Pada 18 Mei 1968, HPMI menjadi PKPMI, iaitu Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia dan menetapkan Jakarta sebagai pusat. Manakala Yogyakarta adalah sebagai cawangan PKPMI.
Sejak itu, PKPMI terus berkembang terutama di Pulau Jawa bagi membentuk beberapa buha cawangan PKPMI yang di antaranya cawangan Jakarta (18 Mei 1968), Yogyakarta (18 Mei 1968), Bogor (23 Mei 1968), Bandung (12 April 1969), Surabaya (10 November 1972), Bali (30 September 1986), dan Ujung Padang (17 Oktober 1987).
Setelah konfrontasi tamat, pelajar-pelajar Malaysia di Sumatera kembali di Indonesia dan mendirikan Himpunan Mahasiswa Malaysia Sumatera (HMMS) yang berpusat di Medan. Pada tahun 1928, HMMS dibubarkan dan bersatu dengan PKPMI. Dengan perkembangan ini semakin bertambah cawangan-cawangan PKPMI seluruh Indonesia.
Penubuhan cawangan-cawangan PKPMI di Sumatera bermula dengan cawangan Medan (Mei 1982), Aceh (25 Disember 1985) dan Padang (25 Mac 1986). Dengan berjalannya waktu, cawangan PKPMI turut bertambah. Cawangan-cawangan PKPMI yang lain adalah Semarang, Malang, Palembang, Pekan Baru, dan Jambi. Sehingga kini terdapat 15 cawangan PKPMI di seluruh Nusantara.
Pada tahun penubuhannya PKPMI telah diiktiraf oleh Kesatuan Besar Malaysia dalam menjalankan kegiatannya. Pada tarikh 4 Februari 1969, persatuan ini diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.







0 comments:
Post a Comment